Thursday, March 08, 2007

Jadi buruan???




Hari semalam merupakan hari glemer bg diari seorang pekerja hehehehe apatidaknya, seawal jam 10pagi saya menerima
panggilan telefon seorang sahabat. Cik Puan Ainul, memberitahu akan ada kekosongan jawatan di Maybank...dengan harapan supaya saya memohon. Bukan tak nak pohon Cik Puan Ainul tapi rasa macam tanggungjawab tak selesai lagi kat syarikat ni. Maaf ek.

Belum sempat bergossip dgn Cik Puan Ainul, deringan telefon (cell phone) pula berbunyi..Cikgu Az**** dari SMK** telefon. Bertanya tentang product dan minta saya ajarkan sesuatu..lama juga bergayut, menerangkan itu dan ini. Rasanya 3 sessi telefon kerana tayula cikgu kena tunggu waktu free.

Belum sempat tengahhari dapat panggila telefon pula dari Cikgu **a dari SMK**, bertanya juga tentang product. Masalah juga dapat diselesaikan dengan jayanya.

Kedua-dua orang cikgu berkenaan berharap benar agar sya datang ke sekolah untuk mendengar cerita saya secara face to face. Tapi, memang sebolehnya saya cuba elakkan untuk ke site tambahan policy syarikat dah berubah pada tahun 2007. Cuba selesaikan segala masalah melalui online sahaja tanpa perlu turun ke site.

Alhamdulillah yang telefon semua cikgu perempuan..hehehe susah jugak bercakap dengan cikgu lelaki. Kebiasaanya memang lama bergayut kat telefon...kalau dengan lelaki masalah la sikit. hehehehe

Apapun, itu hanya serba sedikit cerita untuk dikongsi..tambahan pula saya memang suka bercerita...Insya Allah ada kesempatan waktu nanti nak cuba buat cerpen dan artikel lagi. Tak perlu tunggu editor mintak baru nak send hehehe Apapun terima kasih sangat kepada editor sebab sudi bersabar dengan penulis sambilan seperti saya :)



Note : menulis adalah wadah..menulis adalah wacana...menulis kerana minat...menulis kerana setia.

0 comments: