Friday, March 09, 2007

Cerita bermula dengan huruf - K



Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada
Ketam,"Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam... kenapa?"
Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut...
kakakku kata, kalau kuku ku kelurut, kita kena ketiplah!"
Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan,"Kadang-kadang kalau
kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"
Ketam ketawa, Kah..kah..kah. .kah..kih. .kih..kih. .kih..Kuh.
.kuh..kuh. .kuh!!Kodok. .Kodok..kenapa kadar kebodohan kau ketara
keterlaluan?"
Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"Ketam kilas,
"Kelakar." "Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok.
Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat
kadar kilat."kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena
keperok Kodok. Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok
kepalaku? Kan kesakitan."Kesian Ketam, kepala kena keperok.

0 comments: