Tuesday, February 27, 2007

Merempit...hehehe

Alhamdulillah berjaya juga saya menyiapkan satu artikel setelah penat berfikir tajuk apa yang ingin dikupas. Setelah berjaya memilih tajuk, memakan masa yang lama juga untuk mengupas tajuk berkenaan. Alhamdulillah berjaya!

InsyaAllah saya cuba pula menyiapkan cerpen dalam tempoh terdekat ini, semuanya untuk mengelakkan berlakunya bertungkus lumus di saat-saat akhir hehehe tapi itulah yang selalu saya lakukan.

Tajuk kat atas tu, merempit....hehehe best je tajuk. Itulah nak cerita semalam, selepas maghrib dalam pukul 8pm ( terlepas tengok Buletin Utama). Saya dan zira pergi ke Pekan SB dengan menaiki motor hehehe kenapa gelak? tak percaya ke?? hehehe percayalah kerana ianya adalah benar dan segalanya benar. hehe

Dengan semangat dan tekad yang tinggi motor telah dibawa oleh Cik Mawar dengan gagahnya. Dan nak dijadikan cerita, eh saya lupa cerita apa tujuan sya naik motor memalam tu kan?
Tujuan
1. Pergi kedai telefon (repair hp Sony)
2. Pergi Shell untuk mengepam tayar :)

Sampai kat kedai tu, setelah negotiate serba ringkas, telefon pun dibaiki. Dalam jangka masa tu saya telah melepakkan diri di dalam kedai tu dengan membaca majalah dan berbual dengan pekerja perempuan kat kedai tu. Diorang sangka umur sy 20!!! hehehe saya dah biasa dengan penekaan umur yang muda tu sebenarnya. Tak percaya? tanya la Cik M, Cik Aina, anez, zira, Cik Ira dan ramai lagi...

Alhamdulillah telefon selamat dibaiki...kosnya RM35 (tupun setelah berjaya dalam proses tawar menawar). Masa nak balik tu, motor tak mau hidup...dan pelanggan kat kedai makan cina tu (kedai makan sebelah kedai telefon), cuba mengorat saya..dan sy memang tak sangka dingorat oleh diorang. Masa kat Shell pun, ada teruna-teruna..yg cuba menegur kami berdua.

Moral of the story sy memang serik nak naik motor memalam....tak sanggup. Kalau tak kerana emergency jangan harap. Tapi, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dan tiada gangguan lain kecuali gangguan cakap-cakap dari diorang je.

Pelik pun ada, kenapa waktu malam ramai pulak lelaki nampak saya :) siang diorang tak nampak. Apapun, pesanan kepada jejaka-jejaka di luar sana, tak perlu susah-susah mengorat saya kerana...sy ni insan jenis takde perasaan. Buang tenaga dan masa je.

Hmm...itulah serba sedikit kisah...wanita tu memang fitnah. Fitnah terbesar. Jadi, bg wanita-wanita semua, marilah kita bersama-sama menjaga maruah dan aurat kita...di mana bumi dipijak di situ syariat dijunjung!!!! InsyaAllah Allah akan melindungi kita....selagi kita mematuhi segala arahanNya...



Note : naik motor tak pakai helmet hehehe

0 comments: