Wednesday, February 28, 2007

Makanan Seimbang? Cuaca?

Alhamdulillah, baru lepas lunch sebenarnya. Lunch with very simple dish..bihun goreng! Minta Suria belikan pagi tadi.

Hmm...semenjak dua menjak ni, sy selalu pening-pening kepala...dan akan terasa lebih sakitnya bila sujud dan rukuk. Kenapa ek? Dan dah dua hari juga saya mengambil beberapa pil untuk elakkan kesakitan itu. Setiap hari setiap kali bangun pagi, saya berdoa semoga kesakitan/kepeningan kepala saya ini akan hilang dan sembuh.

Masalah ini telah diajukan kepada Doc Nur, sms dia semalam. Dan mungkin Doc Nur oncall sehingga sekarang dia masih belum membalas sms sy. Masalah ini juga telah diceritakan dan ditanya kepada mak,yong dan nyahli serta cik nur. Pelbagai nasihat dan pandangan yang diberikan oleh mereka. Alhamdulillah masih ramai lagi insan yang menyayangi saya berada di sekeliling saya. Alhamdulillah syukur di atas nikmat ini Ya Allah.

Mungkinkah faktor cuaca?
Mungkinkah faktor pengambilan makanan tidak teratur oleh saya?
Mungkinkah kerana faktor suka memikirkan sesuatu perkara secara mendalam menjadi faktor? Mungkikah dan mungkinkah??

Pelbagai andaian dan langkah drastik perlu diambil...segalanya demi kesihatan yang berkualiti. Bila badan sihat...hati senang, nak beribadah pun tiada masalah. Betul tak?? Bukanlah maksud saya kalau tidak sihat tidak boleh beribadah..cuma, kesihatan itu juga satu nikmat...bila kita sihat tiada sebab untuk kita tidak beribadah kepadaNya dengan patuh dan taat.

Nampaknya saya perlu kembali menghitung-hitung kembali apa puncanya....

Doc Umar menasihatkan supaya saya banyakkan mengambil air, minum air banyak-banyak.
Emak menasihatkan, jaga makan..jgn skip waktu makan..
Yong menasihatkan supaya tidur secukupnya..
Nyahli menasihatkan supaya saya kembali memakai spek mata...spek silau saya tu... huhuhu dah lama tak pakai spek tu sebenarnya. Sebab takde masalah rabun, cuma silau je.
Cik nur menasihatkan supaya jaga kesihatan..

Ramai yg memberi nasihat....bagi mereka yang membaca posting kali ini jangan risau kerana saya bukanlah pening sepanjang masa..cuma ada waktu2 sahaja. InsyaAllah, sama-sama tolong doakan kesihatan saya.

Lupa nak beritahu...Doc Umar merupakan seorang sahabat baik saya yang berada di US, he was a doctor. Kenalan saya di dunia maya.

Saya yakin Allah sayangkan saya...!!!!



Note : thank you Allah for everything! gambar : sorang lagi kumpulan Hitam! hehehehe

1 comments:

norulaina said...

salam cik wardah,
kat opis sy sll sakit kpl sbb tak tahan sejuk hehehe....tp better p check tul2.. sbb sy pun sll sakit kpl tp tau la sbb ape... cuaca, pemakanan, emosi... okiesss