Friday, March 18, 2005

pelangi

Bismillahhirrahmanirrahim..

alhamdulillah bersua lagi.....semalam sampai rumah uda lebih kurang 6.20pm..tak sempat naik ke bilik tukar tudung dan letak beg cepat2 nak tengok cite bersiri 'Golden Faith'.....yela cerita tu secara tak langsung jadi siri kegemaran untuk ditonton setiap hari isnin hingga jumaat...tengah seronok tengok.tetiba dapat sms...daripada izah, seorang adik kat penang...berbunyi begini..

“Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat, puas kita menangis mencari di mana matahari, rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.”

Memang benar pun, kadang-kadang kita sangkakan itu yang terbaik untuk kita...dan tak sangka Allah datangkan ujian pada kita mungkin dengan menarik kembali nikmat yang telah Dia berikan....dalam kesedihan kita itu, kita tak sangka rupanya Allah telah kurniakan sesuatu yang lebih baik buat kita...betul tak?? Pelik kan kurniaan Allah pada kita....namun semuanya ad ahikmah yang tersendiri...kita kena yakin dengan segala yang terjadi..dan sentiasalah bersangka baik pada Allah, nescaya Allah seperti yang kita sangkakan...

Sebenarnya itu lebih kepada peringatan buat diri sendiri, kerana diakui diri ini banyak lupanya...

//Kadangkala kita sering mencari sedangkan kekeliruan telahpun terjawab. Kadangkala kita berlari mengejar mimpi dan fantasi sedangkan realiti sudahpun pasti. Kadangkala kita memikirkan erti kehadapan sedangkan akhirat diabaikan.

0 comments: